Wednesday 31 October 2012

Trip : Cameron Highland Part 2


Assalamualaikum..


Hai guys.. Entry ini adalah sambungan  daripada Cameron trip aku tempoh hari.  Hari ke2 aku di sana dan akan terus berangkat pulang ke tempat asal ku.  Wuuuuaaa rase xpuas je dekat sini terlalu singkat percutian ni.


Seawal 9am aku dan hubby bersiap-siap untuk breakfast di hotel berkenaan.  Ktorang takut makanan habis.  Boleh tak cmtu batak kan..hehee..  Ramai giler orang masa tu luckily dapat satu meja kosong.  Cepat-cepat chopp!  Banyak pilihan makanan disediakan memang tak rugi lah pilih hotel ni.  Kalau ikutkan nak makan sume yang ada tapi tank tak muat. Lepas breakfast ktorang naik bilik untuk packing barang dan checkout.


Selesai checkout kami meneruskan perjalanan.  Dalam perjalanan tu aku ternampak taman rama-rama.  Almaklumlah ktorang ni main terjah je kat cameron, mana yang nampak tu la yang ktorang singgah.  Tiket untuk masuk taman rama-rama RM5/dewasa.  Harga untuk kanak-kanak tak taw plak aku.  Bukan rama-rama je yang ada kat dalam tu serangga yang pelik-pelik pon ada.  Setelah melakukan sesi pemilihan hanya ade beberapa gambar saje yang dapat aku upload.. Sebab aku tak ada DSLR mcm kau, kau dan kau..  Gambar diambil menggunakan SIII so tak la secantik camera yang mahal-mahal tuh.Hukhukk!!
 
 
 
Aku tak sure ape nama binatang ni. Tupai kot. Comel je pandai buat aksi.  Berlari kesana-sini tapi bila ktorang datang dekat nak capture gambar automatik dia benti. Pandaikan..
 
 
 
Perhatian!!Perhatian!! Seorang wanita sedang cuba menangkap rama-rama..Akulah wanita tu.  Aku tak perasan kat belakang ade signboard "PLEASE DO NOT CATCH THE BUTTERFLY"... Aiyokk tak taw!!




 
Butterfly tu suka dekat aku.  Bila aku nak lepaskan, dia melekat kat tangan.  Maybe sebab aku pakai baju colourful kot.  Perott oh perott...lalala..ramai yang tanye aku pregnant ke? Tak la maybe sebab masa breakfast makan sampai tak ingat sebab tuh buncit.  Abaikan saje..lihat butterfly di tangan ku itu.
 
 


Seterusnya ktorang menuju ke cactus point.  Selekehnya gambar aku. Tak sempat nak bermakeup. Its ok natural beauty is the best.kih3.. Amoi and aunty kat belakang tuh mesti suka dapat masuk dalam gambar.kan..kan (padahal dieorang tak pandang camera pon)





Then ktorang singgah dekat gerai tepi jalan macam ala-ala pasar. Aku nak beli sayur dan buah untuk dibawa pulang.  Bila dah rasa puas hati dengan barang yang dibeli, memandangkan duit pon tinggal sikit, so kami pon meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.  Eleh ingat ko tu bercuti kat oversea ke? verangan jer..kan.  Selamat tinggal Cameron.


K bye..





p/s : Tempat percutian yang aku nak sangat pergi Paris..

Wednesday 24 October 2012

Trip : Cameron Highland Part 1

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama plan nk pegi bercuti dgn hubby akhirnya dapat jugak walaupon dekat.. Banyak halangan demi halangan terpaksa ditempuh. Ececewah!(itu tipu belaka).  Aku pergi berdua je.  Boleh dikira honeymoon la erk. Perjalanan mengambil masa 4jam++ dari tol seremban ke cameron. Luckily bukan aku yg drive.hehe.. Aku duduk sebelah driver jadi teman berborak.  Risau jugak biarkan hubby sorang2 drive.  Tapi dalam risau tu sempat la aku tertido sekejap..muehehe..mengantuk gilerr.


Oleh kerana hujan dan jalan agak licin aku berulang kali igtkan hubby supaya berhati-hati memandu ingatlah orang yg tersayang.. eh dah mcm iklan plak.  Alhamdulillah dalam pukul 1pm++ aku sampai dicameron.  Stop dekat strawberry farm sekejap jln2 amik gambar then teruskan perjalanan menuju ke hotel. 


Aku check in kat Rosa Passadena Hotel. Harga not bad la berpatutan lokasi pon dekat je dgn pasar malam Brinchang.  Lepas check in aku letak barang dan berehat sebab sebelah petang nak sambung bejalan lagi.


ni lah hotel tu..google je
Setelah mengambil masa berjam2 utk berehat barulah perot terasa berkeroncong.  Rupanya aku belom lunch lg.  So ktorg siap-siap keluar mencari kedai makan.  Puas pusing2 area hotel mencari kedai makan malay.  Mostly kedai makan kat situ chinese restaurant.  Kalau nk mkn KFC ade je kot kat belakang hotel.  Akhirnya kami berhenti kat deret kedai makan is look like medan selera lor.. Aku order nasi ayam but agak mengecewakan coz rasa lain macam je nasi tu pendek kata xsedap.  Lagi satu mangkuk sambal tu macam recycle je from others customer.. Aku malas nk complain sbb kalau aku dah buka mulut aku xnak benti..hehe..ganazzz!! Nak xnak terpaksa makan..



Lepas makan pergi round2 cameron.. Main terjah je coz ktorg xtaw jln2 kat sini. Sesape yang 1st time datang, kat sini xde banyak jalan pon macam kat keyell or tmpat lain. So ia sangatlah mudah. Otw ronda-ronda tu jumpa ladang teh.  Ktorg behenti melawat ladang dan beli teh sikit utk bawak balik.  Then ktorg balik hotel,  b4 that singgah kat pasar malam Brinchang bli sumthing untuk dimakan..
Around 9pm keluar lagi makan..asik makan je kan.  Mesti uolls boring baca.  Keluar je dari hotel.. umangaii!! sejuknye.  Siyes aku sndri pon xtahan.  Maybe sbb siang td hujan. So malam super dooper sejuk. Pergi pasar lagi cari sweater tp xde yang berkenan.  Tapi aku terjumpa pashmina cantik dan murah, kain pon tebal so grab cepat.. sangat selesa pashmina ni..  Then barulah cari kedai makan.  Aku nampak stall kat sebelah pasar terus decide untuk makan di situ.  Aku order Char kuey tiaw peberet aku.  Hubby plak order nasi goreng kampung dan sate (order xhingat laki aku nih)..
Siap makan balik hotel tido..Zzzzzzz
Bersambung..


Sunday 21 October 2012

Life After 9month Married

Assalamulaikum W.B.T

Pejam celik - pejam celik dah 9 bulan aku kawin.. Kekadang rasa mcm tak caye jek.  Tapi inilah hakikatnye.

Ape perbezaan masa mula2 kawin dan selepas 9 bulan?

Ofcoz la mmg banyak sgt perubahan..

Korang bayangkan dari seorang gadis yang pemalas ( skrg ni pon sama je) telah bergelr isteri..Aku dulu duk bawah ketiak mama je..Anak bongsu kn (tapi tak manja ok!). Dulu  selalu mama yang masak dan kemas rumah memandangkan aku bekerja.  Weekend je aku dpt tolong masak.. tu pon tolong potong2 bawang/sayur, goreng ikan..heheh..( akulah orang pertama kena reject lau masuk master cheff).

Sekarang ni Aku duk rumah sewa..Dekat jek ngn my MIL punya rumah. Dua bulan before kawin da siap2 sewa rumah and beli barang asas mana yg perlu.
Tak nak lah nanti dh kawin baru tercari2 rumah. Sebab aku dan hubby nak berdikari. Lagipon xsyok la duk ngn family coz tak de privacy. Insyaallah lau kewangan dah kukuh bolehla beli rumah.

Masa awal perkahwinan siyes aku ckp agak kelam-kabut sikit dan kekok.
Dah penat bekerja balik rumah  nak kena pkir menu ape utk dimasak setiap hari. Nak basuh baju, kemas rumah.  Rasa nk balik kampung mntak pertolongan mama..haha. Tapi bila pkir semula..aku kan dah kawin haruslah berdikari kan. Sekarang ni dah agak ok dan teratur..Tataw lah kalau ada anak nnti.

Anak?

Hmm..lom ada rezeki lagi lah.  Insyaallah, Allah lebih tahu bila masa Dia nak kurniakan anak untuk aku.. Salah satu soalan peberet org ramai.  Bukan aku x maw anak, tapi itu kan urusan Allah. Juz mampu berusaha,berdoa & tawakkal.


Tuesday 16 October 2012

Jom Exchange Link... ^_______^

Assalamualaikum
 
Hai blogger sekalian..Jom kita exchange link.  U all boleh tinggalkan link di ruangan komen ye!
Insyaallah I will definitely link and follow u back.
 
Salam Perkenalan..
 
 


Thank you soo much!! xoxo

Monday 8 October 2012

A Cup Of Coffee

 
 
Assalamualaikum..
 
Stress?? Wat do u do when u feel stress? for me take a cup of coffee it can release ur stress n make u better than before.  Yela kdg bebanan keje kat opis wat kt stress. Mcm2 cara kt boleh buat as long as ianya boleh kurangkan stress.

 
For sure la kan kopi dari OG (Organo Gold). Sebab kopi ni je yg banyak kat umah aku.uhukk.. OG ada mcm2 jenis antaranya black coffee, cafe mocha, cafe latte & hot choclate. Kopi ni de cmpuran Ganoderma Lucidum (cendawan lingzhi). Kopi OG ni juga x sama mcm kopi 3in1 yg ada kat pasaran yg sememangnya xbaik untuk kesihatan sebab kandungan gula yg tinggi.  Orang2 cina dulu guna cendawan lingzhi ni untuk perubatan.  Aku pon xtaw kesahihannya.  So aku gunakan Mr Google untuk mencari solusi..
 
Banyak maklumat Mr Google bagi. Rata2 mengatakan yg Cendawan Lingzhi ni mmg baik utk kesihatan. Antara beberapa fungsi CL.

  

Thursday 4 October 2012

Spagetthi


Assalamualaikum

Masa awal2 kawin dulu aku masak spagetthi utk hubby.  Nak dijadikan cerita hubby kt mkn siap kerut2 kening issh xsopan sgguh kn (bkn nk amik ati wife dia ni) :-( . Almaklumlah org kg katenya tiba2 mkn western plak kn, eleh xde la org kg sgt pon. Aku lidah jawa rilek je mkn.hehe.. Da licin pinggan baru ckp sedap jgk ye spagetthi b buat. Tp skrg ni siap request plak suh buat spagetthi.  Tu la poyo sgt.hehee






 gambar cm tak menarik je. Tapi rasenya wa ckp sama lu mmg sedap woo!
 
 
 Bahan-bahan yang diperlukan


: Bahan-bahan :
3 or 4 ulas bawang putih
Dging kisar
Spagetthi
Sos prego
Sedikit garam
Hotdog (optional)
Cendawan butang dlm tin (optional)

: Cara-cara :

Spagetti : Rebus air dlm periuk msukkan garam. Bila air mendidih msukkn spagetthi.  Letak sedikit minyak agar pasta tidak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat & toskan.

Sos : Panaskan minyak tumis bawang putih yg telah dicincang halus hgga kekuningn. Then masukkan daging kisar. Masak hgga berubah warna. Masukkan hotdog (dihiris). Seterusnya boleh masukkan sos prego n cendawan (dihiris). Kalau nk pedas boleh potongkn cili api. Perasakan, biar sekejap then siap utk dihidang.

Cuba la resepi ni.  Simple je kan.  Kalau buat sendiri nk mkn banyak pon boleh and lg satu menjimatkan masa dan wang. Berjimat cermat kn amalan mulia.Ahakss.. Selamat mencuba!

Bye