Tuesday 29 January 2013

Percutian Tak Dirancang


Assalamualaikum...


Hi !! Hmmmm..hmmm (sambil menongkat dagu ) tetibe aku terlupa ayat mukadimah.  Ape aku nak tulis tadi erk?  Maafkan saya, makcik sudah tua walaupon muka nampak muda (bluerrk)..  Actually not really percutian tapi boleh lah juga dianggap percutian (ayat berbelit..maafkan mkcik sekali lagi).  Tujuan asal adalah untuk melawat anak buah aku yang sakit di Terengganu.  Nenek a.k.a my moms so worried when she heard cucunya masuk hospital.

Pada hari kami tiba di sana iaitu dirumah mak & ayah my SIL anak buah aku telah dibenarkan keluar wad.  Alhamdulillah ica dah sembuh walaupon aku tengok badannya masih lemah.  Ica atau nama sebenarnya Nur Aisya Zahra baru berumur 1tahun 6bulan.  Kesian ica dah la papanya jauh di Georgtown terpaksa berkorban demi tugas pada negara.  In shaa Allah, soon bila dah dpt rumah sewa bolehlah pindah ke sana.









Hasrat hati untuk mandi pantai apabila tiba di Terengganu berkecai.wuwuwu!!! sedih..  Sesiapa pon tak dibenarkan untuk mandi di pantai kerana ombak besar ketika itu.  So aku hanya berkesempatan untuk melihat ditepian  dengan muka hampa.






Bertambah hampa apabila menyerahkan tugas mengambil gambar kepada anak buah aku Zaquan..  "Harapkan pagar tapi pagar tak boleh diharap".huh!!  Tak pe kali ni makcu maafkan.





Overall aku happy dengan layanan yang diberikan oleh keluarga my SIL.  Mokcik & pokcik sangat mesra melayan kami disana.  Thanks for the Nasi Dagang.


Till then, see ya later!! 

Monday 21 January 2013

Kembali Ke Alam Maya



Assalamualaikum...



Whoa!!Whoa!!Whoaaa!! Tetiba plak kan intro menggelabah jer.  Lama aku meninggalkan blog buruk ni.  Rindu taw nak berblog ingat tak rindu ke? rindu dengan teman-teman blogger, rindu utk blogwalk...segalanya tentang blog.  Ini semua angkara broadband kena barred.  Sape suruh tak bayar, kan dah kena barred.uhhuuu................ :-(


Hari ni 21-01-2013 genaplah setahun usia perkahwinan aku.  Cer korang tengok Tickers kat bawah ni.  Terharu sangat walaupun usia perkahwinan ni masih muda tapi ia sangat bermakna utk aku.




Aku tak celebrate pon dengan candle light dinner macam couple-couple lain buat tapi kami sambut dengan bercamping di tepi laut.  Cam pelik tak? Lokasi kat Pantai Bagan Lalang, Sepang walaupun dekat je dengan kampung aku tapi agak mencabar lah juga.  Last minute decide tak de rancang ape-ape pon taw.  Kami berdua je yang bercamping malam tu sebab esok (isnin) semua orang nak bekerja.  Kalau malam minggu maybe ramai la orang kat situ kan.  Sunyi sepi je hanya ditemani deruan ombak.  Nak dekat pukul 12 malam baru kami gerak ke lokasi.  Pukul 1 pagi baru sibuk nak dirikan khemah.  Kan pelik tu kan...




Masa ni dah pagi siap-siap berkemas untuk pulang ke rumah. ^___^



Air dah surut la plak :-(  baru plan nak mandi kat pantai.. View Sepang Gold Coast dari jauh.




Ya Allah... Jadikan Aku Isteri Penyejuk Mata, Penawar Hati, Penambat Fikiran Suami..Jadikanlah Aku Isteri Yang Solehah..  Aamiin....



p/s : Semoga hubungan kami suami isteri sentiasa diredhai dan dipanjangkan jodoh oleh-Nya.