Wednesday 5 December 2012

Tiada Lagi Kenangan


Assalamualaikum..




Sebelum



Selepas



Gambar di atas adalah rumah satu-satunya arwah nenek aku.  Nenek telah meninggalkan kami semua pada 30 Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan yang lalu.  Rumah nenek telah dirobohkan.  Kini tiada lagi kenangan yang tinggal.  Sangat menyedihkan dan terkejut apabila melihat gambar yang diupload oleh cousin aku di facebook.  Aku terdiam tanpa kata2 terus menunjukkan gambar tersebut pada hubby.

Mengimbau kembali kali terakhir aku dapat berborak dengan nenek adalah pada 1 Ramadhan.  Pada masa tu tiada pon tanda-tanda nenek akan pergi buat selamanya.  Selepas 1 minggu aku dapat SMS dari ayah mengatakan yang nenek telah dimasukkan ke dalam ICU di hospital Banting...SENTAP sekejap..kemudian aku segera telefon ayah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.  Mengikut kata ayah, nenek terjatuh.  Then aku tanya ayah "nak eza balik kampung tak?" Ayah cakap tak payah nanti kalau ada berita ayah akan beritahu lagi.  Aku pon ok la, selepas beri salam terus matikan talian.

Keesokan hari pada 27 Julai 2012 aku dapat SMS lagi dari ayah "Nenek dah nazak".. Aku terus call hubby sampaikan berita tersebut, then hubby ajak balik kampung.  Cepat-cepat bgtaw bos apply cuti half day. Balik ke rumah packing barang terus menuju ke Hospital Banting.   Sesampai disana saudara-mara dah berkumpul diperkarangan hospital.  Aku masuk wad jenguk nenek terus mengalir air mata.  Sedih sangat tengok keadaan nenek masa tu.  Nenek memerlukan bantuan oksigen, pernafasan nenek pon dah tak normal.  Dalam hati aku 'kalau Allah nak ambil nyawa nenek aku pada masa tu aku redha,  sebab aku tak sanggup nak tengok nenek dalam keadaan camtu'. 

Sehinggalah petang, nurse sampaikan pesanan yang doktor ingin berjumpa waris pesakit.  Mama dan pakcik aku segera masuk ke dalam wad untuk berjumpa doktor.  Pihak hospital meminta kebenaran untuk menggunakan alat pacu jantung.  Mama terus reject tak mahu doktor guna alat tu pada nenek, sebab alat tu menyiksa pesakit.  Mama cakap biarlah nenek pergi dengan tenang.  Mama tak nak siksa nenek.  Doktor sendiri cakap harapan sangat nipis even kita guna alat tu.  Kemudian, nenek dimasukkan semula ke ICU.  Aku dan hubby setia menunggu sehingga malam, terpaksa berbuka pose di kaki lima hospital.  Sehingga pukul 10 malam tiada apa-apa berita dari doktor then kami balik ke rumah.

28 Julai 2012 (Sabtu),  aku masih berada dikampung.  Menunggu berita dari hospital.  Dapat panggilan dari makcik aku, doktor suruh semua ahli keluarga berkumpul.  Doktor cakap kalau cabut alat bantuan pernafasan tu nenek akan pergi buat selamanya.  Tapi makcik tak sampai hati.  So,biarkan saje.  Ahli keluarga bergilir-gilir bacakan Surah Yasiin untuk nenek.  Hari Ahad plak aku terpaksa balik semula ke Seremban coz hubby bekerja.

30 Julai 2012 (Isnin), aku tak bekerja hari ni amik MC aku telah diserang demam panas & gastrik.  Hanya berehat dirumah.  Kebetulan hubby cuti hari ni so ada orang hntar aku ke klinik.  Lebih kurang pukul 6 petang aku dapat SMS dri abang aku. "Eza nenek dah tak de".  Ya Allah!  sebak dada aku serta merta.  Aku kejutkan hubby yg tengah tidur bgtahu padanye tentang SMS yang aku terima tadi.  Hubby cakap, "pas buka puasa kita gerak balik kampung k".  Aku diam saje, badan rasa lemah sangat suhu badan makin meningkat.  Lepas buka puasa dan solat di rumah MIL kami terus gerak balik ke kampung.  Sampai saje dekat rumah nenek, aku terus masuk kerumah, aku tengok sekujur tubuh yang kaku.  Aku amik wuduk dan bacakan Surah Yaasiin untuk arwah nenek.  Aku berikan kucupan terakhir buat nenek.  Semoga roh nenek dicucuri rahmat oleh Allah.Amin...


Al-Fatihah buat nenek.


Wassalam

12 comments:

  1. Teringat masa arwah nenek meninggal dulu.. sedih, x sempat jumpa..

    ReplyDelete
  2. al fatihah kak..
    sy pon dah tak ada nenek & atok pon lagi..

    ReplyDelete
  3. AL Fatihah...sedihnya baca entry nih..harap tabah ye

    ReplyDelete
  4. Sedihnya. Al-Fatihah. Teringat kat arwah tokbak dan tokmak. :(

    ReplyDelete
  5. al fatihah..sedih bila baca...

    ReplyDelete
  6. terima kasih sume yang sudi sedekahkan al-fatihah ;)

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah untuk arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. sedih baca entry ni...al-Fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  9. alfatihah untuk arwah nenek eza..teringt arwh nenek huda juga bile bace post neh..alfatihah untuk semua..
    singgh sini juge =)

    ReplyDelete
  10. @huda sindarela : thnks sama2 baca alfatihah utk nenek2 kita k

    ReplyDelete
  11. al fatihah.. :(

    kenapa robohkan umh tu?

    ReplyDelete