Monday 31 December 2012

Bye-bye 2012, Welcome 2013 !!


Assalamualaikum..


Aku saje nak update entry terakhir untuk tahun 2012..  Suka duka, tangis & tawa sepanjang 2012 telah dilalui dengan tabah & sabar.  Biarlah yang baik dijadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan.  Semoga 2013 nanti akan lebih baik untuk aku, suami, family & saudara islamku.  Aku nak kongsi kata hikmat dari Prof Dr. Hamka.. Memang langsung tak de kena mengena dengan entry aku tapi aku suka kata hikmat ni.






" Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....datang tidak menentu masa......datang disaat kita kesempitan atau kesusahan...... Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana...... Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.  Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!".



Saturday 22 December 2012

Segmen Blogger Muslimah by Syafiqah



Assalamulaikum.


Join segmen lagi!!  Memandangkan aku free sekarang ni so dengan rajin & gigih aku join lah segmen sampai pengsan.Agagagaa.... Syarat pon mudah tak perlu nak like mana-mana fanpage.  Jom join reramai.  Klik sini.




Tag si cantik manis :-






p/s : Nak buat segmen sendiri..agak2 ada tak orang nk join?

Segmen Cerita & Azam Saya by Shima Mazlan



Assalamualaikum




Kali ni aku nak join segmen lagi.  Si cantik manis Aya dah ajak, so aku join la.  Kalau uolls nak join bole klik banner kat atas tuh.

Cerita tentang azam 2012 aku sendiri tak taw ape azam aku tapi yang pasti dulu aku nk sangat kawin..ehehee (gatai anak sapa la kan) and satu lagi aku nak pegi bercuti dengan orang tersayang.  Alhamdulillah tercapai sudah.


In Shaa Allah azam tahun 2013 akan datang
1) nak pregnant (eh tu dikira azam ke?) semoga Allah makbulkan.
2) nak beli rumah
3) nak bawak mama & ayah pergi bercuti
4) nak follower ramai-ramai ^_____^
Setakat ni azam 2013 tu je, yang lain-lain belum terfikir lagi.





Tag mereka untuk support segmen shima :



Wednesday 19 December 2012

Jom Sama-Sama Beri Sumbangan

Assalamualaikum..


Hi..lama aku tak update entry kan!  Aku tak busy pon tapi kekurangan idea atau secara terangnya takde idea.  Walaupun aku tak buat entry baru, aku still buka blog kesayangan ku ini.  Aku still stalk blog orang, klik iklan nuff diaorang.  Baik tak aku?wakaka..(sila muntah sekarang).

Ok la tak nak intro panjang-panjang back to the topic, macam ni tadi sedang aku menerjah blog aku terbaca satu entry "Saya memerlukan sumbangan untuk anak yatim" by nadia.  Korang boleh tengok sendiri.  So aku tergerak hati untuk buat entry tentang ni.  Walaupun aku sendiri tak kenal rapat dengan nadia.  Bila aku baca entry tu aku dapat rasa keikhlasan hatinya untuk membantu anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari.














Lihat pada gambar tak dapat aku bayangkan macam mana kehidupan diaorg yang terpaksa bersesak-sesak dalam satu rumah.  Mereka sangat tabah, semoga mereka akan terus tabah untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa ibu bapa disisi.  Kepada sesape yang ingin hulurkan sumbangan bole rujuk gambar dibawah ni.







*semua gambar aku amik kat blog nadia. mintak ampun.



p/s: hulurkan sumbangan ringankan beban ^______^


Wednesday 5 December 2012

Kalori Harian

Assalamualaikum


Beberapa hari ni aku dan officemate sebok mengira pengambilan kalori harian. Aku nak tambahkan berat, kawan aku plak nak kurangkan berat. Sekarang ni bila aku ajak pegi KFC mesti dia tak nak.Cehh!! Konon diet. Kebetulan bawah office ktorang farmasi ada plak sediakan alat penimbang, pe lagi lau boleh tiap-tiap hari nak timbang berat..wkwkwk..terook kau! Ape la agaknya staff farmasi tu fikir kan. Kawan aku cakap jumlah kalori yang perlu diambil untuk orang perempuan adalah 1600kcal/day lebih rendah dari lelaki.

Then, aku pon Google la untuk mencari maklumat. Apa yang aku dapat kat blog ni lagi tepat kot. Jumlah kalori untuk setiap orang adalah berbeza-beza. So kita kena kira BMR (basal metabolic rate) maksudnya jumlah kalori harian kita.

Formula untuk mengira BMR

Wanita : 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm ) – (4.7 x umur dalam tahun)

Lelaki : 66 + (13.7 X BERAT dlm kg) + (5 x tinggi dlm cm) – (6.8 x umur dalam tahun )

:Cth dikira untuk wanita berat 50, tinggi 160 dan umur 25 (ni cth je taw bukan aku)

Wanita : 655 + (9.6 x 50) + (1.8 x 160) - (4.7 x 25)

= 1305.5kcal/day

Jumlah kalori asas yang perlu diambil oleh wanita tersebut adalah sepeti diatas jika dia tidak melakukan apa-apa aktiviti.  Tetapi jika wanita itu ada melakukan aktiviti kita perlu mengira DCR dan LOA.  DCR (Daily Caloric Requirement) iaitu jumlah kalori mengikut aktivi harian yang kita lakukan.

Formula untuk DCR

DCR = BMR x LOA

LOA pula adalah tahap kecergasan seseorang. Bermula dari 1.2 sehingga ke 1.9
  1. Orang biasa yang melakukan kerja-kerja harian yang biasa = 1.2
  2. Orang yang tambah sikit kerja mungkin = 1.3
  3. Orang yang buat kerja biasa tambah sukan 3 kali seminggu = 1.5
  4. Nelayan atau atlet = 1.9

Contoh kalau uolls keje kat office duduk saje (mengupdate blog..hehe) bos suruh baru nak buat keje tak pon kena perhati dengan bos berpura-pura busy (ada tak yang perangai cmni).  LOA adalah 1.2.

So.. DCR = 1305.5 x 1.2

= 1566.6kcal/day

Kalau uolls nak tambah berat kena lah ambik lebih dari jumlah kalori tu.  Kalau nak diet macam kawan aku kena lah ambil kurang.  Kalau nak maintain plak ambil la mengikut kiraan tadi.  Nak tahu berapa kalori dalam setiap hidangan yang kita makan boleh tengok sini.  Nanti senang lah nak kira kalori yang kita dah ambil.



p/s:mana satu pilihan korang?

Tiada Lagi Kenangan


Assalamualaikum..




Sebelum



Selepas



Gambar di atas adalah rumah satu-satunya arwah nenek aku.  Nenek telah meninggalkan kami semua pada 30 Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan yang lalu.  Rumah nenek telah dirobohkan.  Kini tiada lagi kenangan yang tinggal.  Sangat menyedihkan dan terkejut apabila melihat gambar yang diupload oleh cousin aku di facebook.  Aku terdiam tanpa kata2 terus menunjukkan gambar tersebut pada hubby.

Mengimbau kembali kali terakhir aku dapat berborak dengan nenek adalah pada 1 Ramadhan.  Pada masa tu tiada pon tanda-tanda nenek akan pergi buat selamanya.  Selepas 1 minggu aku dapat SMS dari ayah mengatakan yang nenek telah dimasukkan ke dalam ICU di hospital Banting...SENTAP sekejap..kemudian aku segera telefon ayah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.  Mengikut kata ayah, nenek terjatuh.  Then aku tanya ayah "nak eza balik kampung tak?" Ayah cakap tak payah nanti kalau ada berita ayah akan beritahu lagi.  Aku pon ok la, selepas beri salam terus matikan talian.

Keesokan hari pada 27 Julai 2012 aku dapat SMS lagi dari ayah "Nenek dah nazak".. Aku terus call hubby sampaikan berita tersebut, then hubby ajak balik kampung.  Cepat-cepat bgtaw bos apply cuti half day. Balik ke rumah packing barang terus menuju ke Hospital Banting.   Sesampai disana saudara-mara dah berkumpul diperkarangan hospital.  Aku masuk wad jenguk nenek terus mengalir air mata.  Sedih sangat tengok keadaan nenek masa tu.  Nenek memerlukan bantuan oksigen, pernafasan nenek pon dah tak normal.  Dalam hati aku 'kalau Allah nak ambil nyawa nenek aku pada masa tu aku redha,  sebab aku tak sanggup nak tengok nenek dalam keadaan camtu'. 

Sehinggalah petang, nurse sampaikan pesanan yang doktor ingin berjumpa waris pesakit.  Mama dan pakcik aku segera masuk ke dalam wad untuk berjumpa doktor.  Pihak hospital meminta kebenaran untuk menggunakan alat pacu jantung.  Mama terus reject tak mahu doktor guna alat tu pada nenek, sebab alat tu menyiksa pesakit.  Mama cakap biarlah nenek pergi dengan tenang.  Mama tak nak siksa nenek.  Doktor sendiri cakap harapan sangat nipis even kita guna alat tu.  Kemudian, nenek dimasukkan semula ke ICU.  Aku dan hubby setia menunggu sehingga malam, terpaksa berbuka pose di kaki lima hospital.  Sehingga pukul 10 malam tiada apa-apa berita dari doktor then kami balik ke rumah.

28 Julai 2012 (Sabtu),  aku masih berada dikampung.  Menunggu berita dari hospital.  Dapat panggilan dari makcik aku, doktor suruh semua ahli keluarga berkumpul.  Doktor cakap kalau cabut alat bantuan pernafasan tu nenek akan pergi buat selamanya.  Tapi makcik tak sampai hati.  So,biarkan saje.  Ahli keluarga bergilir-gilir bacakan Surah Yasiin untuk nenek.  Hari Ahad plak aku terpaksa balik semula ke Seremban coz hubby bekerja.

30 Julai 2012 (Isnin), aku tak bekerja hari ni amik MC aku telah diserang demam panas & gastrik.  Hanya berehat dirumah.  Kebetulan hubby cuti hari ni so ada orang hntar aku ke klinik.  Lebih kurang pukul 6 petang aku dapat SMS dri abang aku. "Eza nenek dah tak de".  Ya Allah!  sebak dada aku serta merta.  Aku kejutkan hubby yg tengah tidur bgtahu padanye tentang SMS yang aku terima tadi.  Hubby cakap, "pas buka puasa kita gerak balik kampung k".  Aku diam saje, badan rasa lemah sangat suhu badan makin meningkat.  Lepas buka puasa dan solat di rumah MIL kami terus gerak balik ke kampung.  Sampai saje dekat rumah nenek, aku terus masuk kerumah, aku tengok sekujur tubuh yang kaku.  Aku amik wuduk dan bacakan Surah Yaasiin untuk arwah nenek.  Aku berikan kucupan terakhir buat nenek.  Semoga roh nenek dicucuri rahmat oleh Allah.Amin...


Al-Fatihah buat nenek.


Wassalam