Sunday 25 November 2012

Segmen : Pencarian 20 Blogger Bertuah By YANA

Assalamualaikum..


Happy Monday all..mood sangatlah blues arini.huhh..  Pagi-pagi masuk office terus buka blog amik mood sebelum buat keje.  Aku tengok kat shoutbox ada comment oleh Sis Alya dia telah tag aku untuk segmen ni.  Macam menarik je.  Since follower aku pon ciput je, mana taw leh tambah follower kalau aku join.





Aku pilih 3 orang secara rawak  untuk di tag :
 
 
 
 
 

Friday 16 November 2012

Reward Myself


Assalamualaikum..

 
Sudah menjadi kelaziman bagi aku untuk 'merewardkan' diri aku sendiri setiap bulan (kerana diriku begitu berharga).  Yes memang perlu untuk setiap orang melakukan perkara yang sama.  Ianya sebagai motivation, bila dapat hadiah mesti uolls akan melakukan kerja or watever yang uolls buat dengan lebih gigih..betol tak..betol tak ( kot ye la kan..gigih saangattt).  Tak kira ia barang mahal atau murah yang penting puas hati.
 
 
Cara aku merewardkan diri?  Bukan dengan pingat..tapi...shoping!!  Girls mesti suka kan.  Tambah plak sekarang ni melambak kedai online sume dihujung jari je.  Cakap lah nak beli apa from head to toe sume ada.  Tapi uolls haruslah berhati-hati jangan sampai tertipu taw (peringatan ikhlas ini disampaikan oleh aku untuk uolls dan diriku jua..ahakss).  Ok berbalik pada citer reward tadi aku telah survey beberapa online shop sebelum duit gaji keluar..hehe (^______^).  Aku ada shortlistedkan beberapa online shop harga patut.   Bolehlah uolls cuci mata.  Kalau uolls ada jumpa shop yang lagi murah habaq kat aku ye.  Kita share la sama-sama.
 
 
  
 
 
 
Ashanim Dress Lab Page

 

Hati berbunga-bunga bila pos laju sampai.  Dengan rakusnya membuka parcel..hilang segala kesopanan.  Tapi sempat captured gambar.

 
 
Aku beli Princess Eirma Skirt turqoise dari Minniemouse Boutique.  Memang puas ati selesa je bila pakai.  Skirt ni pon labuh sesuai la dengan ketinggian aku.
 
Memandangkan sekarang tengah in Peplum fesyen.  So aku pon sibuk la mencari diseluruh pelosok online shop.  Lastly aku jumpa dekat kedai  D&E Boutique.  Harga lagi murah dari kedai-kedai yang lain. 
 
 
 
 
Kalau uolls suka online shoping boleh la usha dekat kedai yang aku bgtaw tadi..  Dress,blouse,skirt,etc.. sume cantik-cantik.
 
 
 
K bye..
 
 
 
 
 
p/s : Nak sangat buka online shop sendiri. ^________^
 

Friday 2 November 2012

Skyfall 007

 
Assalamualaikum...




1 Nov 2012 bermulanya tayangan bagi filem Skyfall.  So aku pon tak lepaskan peluang untuk tonton filem tu.  Oleh kerana siang aku bekerja, terpaksa lah tengok tayangan waktu malam.  Dah pesan awal-awal kat hubby pergi beli tiket.  Berduyun-duyun orang kat TGV Jusco S2.  Nak cari parking punyalah susah.  Uolls da tengok ke belom?  Kalau belom pergi la pakat reramai tengok.  Memang best terbaikk lah.



Sinopsis

Menerusi filem aksi Skyfall, watak James Bond telah dikatakan hilang dan dianggap telah mati.  Identiti untuk menjalankan segala aktiviti pengintipan ejen M16 juga telah dimusnahkan daripada data internet.

Menerusi insiden tersebut, pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah.  Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu,  Bond telah muncul secara tiba-tiba dan mereka telah berhubung secara rahsia.  Apakah akan berlaku antara Bond dan M selepas itu? Dapatkah mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?
copy from pereka cerita.







K bye..